Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih lagi dapat menghadiri kelas yang terakhir untuk kursus ini bagi semester 1 :) Bagi kelas yang terakhir ini, kami telah membentangkan video multimedia masing-masing yang telah dihasilkan hasil daripada perbincangan dan kolaborasi sesama ahli kumpulan. Pembentangan video dari tiga kumpulan ini telah mendapat komen yang positif dan membina daripada Dr. Fariza dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih :) Melalui video-video yang telah dihasilkan itu juga saya dapat mendapat pemahaman yang lebih lanjut mengenai tajuk-tajuk yang dibentangkan itu. Untuk kelas yang terakhir ini juga, kami telah meluahkan segala pandangan dan refleksi kami terhadap kursus ini yang telah kami ambil sepanjang semester 1. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, semua rakan-rakan saya telah memberi pandangan dari sudut positif dan belajar banyak perkara di dalam kelas ini termasuklah saya sendiri. Saya juga seronok belajar tentang banyak perkara di dalam kelas ini di mana sebelum ini saya tidak tahu akan fungsi dan kewujudan aplikasi yang boleh memudahkan saya sebagai seorang pelajar dan mungkin juga boleh digunakan ilmu ini apabila saya sudah bekerja nanti. Akhir kata, kelas ini sangat membantu dan seronok di samping mendapat pensyarah yang sporting dan baik hati ini. Terima kasih Dr. Fariza :D *terima kasih juga untuk keychain2 kenangan dari oversea yang Dr. bagi tu :P #lotsoflove #xoxo
0 Comments
Assalamualaikum wbt.
Pada minggu ini, tiada kelas diadakan kerana Dr. Fariza menghadiri mesyuarat namun kelas masih berjalan seperti biasa. Tugasan yang diberikan kepada kami adalah untuk membincangkan serta menyiapkan video yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Kumpulan kami telah memilih tajuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kami masih lagi dalam proses untuk membangunkan video tersebut. Tugasan lain yang telah diberi ialah untuk membuat satu esei tentang Computer as 'Tool', 'Tutor' and 'Tutee'. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut berkenaan dengan Computer as tool, tutor and tutee ini. Saya juga menyedari bahawa kursus Komputer Dalam Pendidikan juga telah mengaplikasikan pembelajarannya melalui komputer seterusnya menjadikan komputer sebagai tool, tutor dan tutee. Itu sahaja untuk refleksi pada kali ini. Terima kasih:) Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk mengikuti kelas ini pada minggu ini. Di awal kelas bermula, kami diminta untuk submit brochure kami masing-masing di dalam open learning untuk dilihat oleh Dr. Fariza dan bagi mendengar komen dari rakan-rakan yang lain. Kami menerima komen yang sangat membina bagi membaiki sedikit kesalahan di dalam pembikinan brochure itu. Brochure saya akan diupload nanti di dalam ASSIGNMENTS. Seterusnya, kami membuat pengisian markah pelajar dengan menggunakan Microsoft Excel di mana saya agak kurang mahir dengan Excel ini kerana jarang menggunakannya. Jadi Dr. Fariza telah ajar bagaimana untuk membuat kiraan gred markah tersebut dengan menggunakan formula VLOOKUP, autosum, dan insert function. Itu sahaja untuk minggu ini. Adios! :D Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Dalam kesibukan belajar dan membuat tugasan untuk semester 1 ni, dah masuk minggu ke 11 dah. Sekejap je masa berlalu. Jadi untuk kelas minggu ini, alhamdulillah Dr. Fariza dapat hadir ke kelas walaupun minggu lepas sibuk dengan urusan kerja beliau. Terima kasih Dr. sebab bagi keychain dari Perth, Australia untuk kami semua hehe. Minggu ni Dr. Fariza menerangkan tentang cara untuk menggunakan Microsoft Publisher kerana tugasan kami seterusnya ini berkaitan dengan membuat brochure sendiri dengan tajuk 'Tempat yang ingin kita ingin melawat/melancong'. Jadi saya agak teruja kerana saya sendiri ada tempat yang menjadi pilihan saya untuk saya pergi suatu hari nanti kalau ada rezeki. Dr. Fariza meminta kami untuk memasukkan elemen ASSURE untuk membuat brochure tersebut. Apa itu ASSURE? Jadi saya berharap saya dapat membuat brochure tersebut dengan baik dan menepati model ASSURE tersebut.Kelas untuk minggu ini dibatalkan kerana Dr. Fariza ada urusan di luar. Saya dan rakan-rakan diminta untuk menyiapkan tugasan kajian yang dibuat secara berkumpulan tersebut semasa ketiadaan beliau.
Sekian, :D Assalamualaikum wbt.. dan selamat hujung minggu :D
Refleksi untuk kelas pada minggu ke 7 adalah berkaitan dengan soalan-soalan yang bakal di tanya di dalam Google Form nanti. Kami telah membuat beberapa soalan mengenai tajuk yang kami dapat bagi tugasan kajian penyelidikan kami. Kami telah meminta pendapat Dr. Fariza mengenai soalan yang telah kami draftkan dahulu. Namun, terdapat beberapa soalan yang perlu kami perbaiki terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada responden. Kami telah diberi penjelasan dan nasihat serta cara untuk membuat soalan selidik yang berkualiti. Sekian itu sahaja untuk minggu ini. Terima kasih :) Assalamualaikum wbt :)
Pada hari Khamis yang indah ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan telah berjalan seperti biasa. Kami telah belajar mengenai prinsip CASPER. CASPER adalah merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik (sebagai contoh; powerpoint) yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud:
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Bagi kelas untuk minggu ini, kami telah diperkenalkan satu aplikasi untuk pembelajaran yang sangat menarik dan membuat saya teruja apabila mencubanya iaitu Aurasma. Sebelum kelas dimulakan, kami terlebih dahulu diminta untuk memuat turun apliksai Aurasma tersebut di dalam handphone masing-masing. Seterusnya, kami diminta untuk membuat 4 kumpulan dan setiap kumpulan menerima sehelai kertas yang hanya terdapat gambar berserta tajuk sahaja. Dan kami diminta untuk scan gambar tersebut dengan menggunakan aplikasi Aurasma yang telah dimuat turun dan kami sangat teruja apabila terpapar video pada kertas tersebut melalui handphone kami. Bagi saya, aplikasi tersebut sangat sesuai untuk pembelajaran tidak kira di sekolah mahu pun di universiti kerana ia akan membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar. Seterusnya, kami diberi tugasan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan tadi untuk mencari maklumat mengenai topik yang kami dapat setelah di scan melalui handphone tadi. Kumpulan saya telah mendapat topik 2 iaitu M-Pembelajaran (Mobile Learning). Mobile Learning dapat didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat komputasi mobile agar dapat diakses dari mana saja dan pada setiap masa. Mobile Learning terbahagi kepada dua kategori iaitu pembelajaran dengan menggunakan alat elektronik mudah alih secara dalam talian dan luar talian. Dalam konteks kajian ini M-Learning boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa. Setelah selesai mencari maklumat dan membuat slide presentation, kami membentangkan tajuk masing-masing. Pada akhir pembelajaran saya pada minggu ini, saya telah memahami konsep M-Pembelajaran serta tahu perbezaannya dengan E-Pembelajaran. Itu sahaja refleksi saya untuk minggu ini. Thanks :D Kelas minggu ke 5 telah diadakan pada 6 Oktober 2016 bersama pensyarah kesayangan saya iaitu Dr. Fariza Khalid, dan di situ saya telah belajar beberapa perkara baru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah ialah aplikasi yang terdapat di dalam Google iaitu Google Docs, Google Slides dan lain-lain. Saya baru mengetahui cara penggunaan aplikasi tersebut dan saya merasakan ia lebih memudahkan kerja saya terutamanya apabila terdapat kerja yang melibatkan kumpulan apabila kami boleh membuat kerja bersama-sama secara dalam talian.
Selain itu, kami diminta untuk membuat tugasan dengan mencari maklumat tersebut di dalam jurnal atau artikel yang terdapat di dalam Google Scholar dan setiap kumpulan telah mengundi untuk mendapatkan tajuk masing-masing dan membuat 'presentation' pada minggu seterusnya. Tajuk-tajuk yang telah diberi ialah ;
Di samping itu juga, saya telah belajar cara bagaimana untuk mencari sesuatu perkara dengan lebih efektif dalam enjin carian Google dengan menggunakan kaedah Boolean Techniques di mana kita perlu memasukkan kata kunci seperti '+' , '-', 'and', 'or' dan 'not'. Teknik ini akan memudahkan lagi carian yang kita mahu di dalam Google kerana ialah lebih spesifik. Dan tidak lupa juga, Dr. Fariza telah meminta kami untuk membuat satu akaun Academia dan di situ juga terdapat banyak sumber aktikel jurnal yang boleh dicari berkaitan dengan akademik. Saya mendapati bahawa terdapat banyak sumber yang dapat diperolehi melalui Academia tersebut. Sekian, itu sahaja refleksi yang dapat saya simpulkan melalui kelas pada minggu ke 5. Terima kasih. :) |
EsyaHi! Welcome to my blog. Archives
December 2016
Categories |