Assalamualaikum wbt :)
Pada hari Khamis yang indah ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan telah berjalan seperti biasa. Kami telah belajar mengenai prinsip CASPER. CASPER adalah merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik (sebagai contoh; powerpoint) yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud:
0 Comments
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Bagi kelas untuk minggu ini, kami telah diperkenalkan satu aplikasi untuk pembelajaran yang sangat menarik dan membuat saya teruja apabila mencubanya iaitu Aurasma. Sebelum kelas dimulakan, kami terlebih dahulu diminta untuk memuat turun apliksai Aurasma tersebut di dalam handphone masing-masing. Seterusnya, kami diminta untuk membuat 4 kumpulan dan setiap kumpulan menerima sehelai kertas yang hanya terdapat gambar berserta tajuk sahaja. Dan kami diminta untuk scan gambar tersebut dengan menggunakan aplikasi Aurasma yang telah dimuat turun dan kami sangat teruja apabila terpapar video pada kertas tersebut melalui handphone kami. Bagi saya, aplikasi tersebut sangat sesuai untuk pembelajaran tidak kira di sekolah mahu pun di universiti kerana ia akan membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar. Seterusnya, kami diberi tugasan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan tadi untuk mencari maklumat mengenai topik yang kami dapat setelah di scan melalui handphone tadi. Kumpulan saya telah mendapat topik 2 iaitu M-Pembelajaran (Mobile Learning). Mobile Learning dapat didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat komputasi mobile agar dapat diakses dari mana saja dan pada setiap masa. Mobile Learning terbahagi kepada dua kategori iaitu pembelajaran dengan menggunakan alat elektronik mudah alih secara dalam talian dan luar talian. Dalam konteks kajian ini M-Learning boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa. Setelah selesai mencari maklumat dan membuat slide presentation, kami membentangkan tajuk masing-masing. Pada akhir pembelajaran saya pada minggu ini, saya telah memahami konsep M-Pembelajaran serta tahu perbezaannya dengan E-Pembelajaran. Itu sahaja refleksi saya untuk minggu ini. Thanks :D Kelas minggu ke 5 telah diadakan pada 6 Oktober 2016 bersama pensyarah kesayangan saya iaitu Dr. Fariza Khalid, dan di situ saya telah belajar beberapa perkara baru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah ialah aplikasi yang terdapat di dalam Google iaitu Google Docs, Google Slides dan lain-lain. Saya baru mengetahui cara penggunaan aplikasi tersebut dan saya merasakan ia lebih memudahkan kerja saya terutamanya apabila terdapat kerja yang melibatkan kumpulan apabila kami boleh membuat kerja bersama-sama secara dalam talian.
Selain itu, kami diminta untuk membuat tugasan dengan mencari maklumat tersebut di dalam jurnal atau artikel yang terdapat di dalam Google Scholar dan setiap kumpulan telah mengundi untuk mendapatkan tajuk masing-masing dan membuat 'presentation' pada minggu seterusnya. Tajuk-tajuk yang telah diberi ialah ;
Di samping itu juga, saya telah belajar cara bagaimana untuk mencari sesuatu perkara dengan lebih efektif dalam enjin carian Google dengan menggunakan kaedah Boolean Techniques di mana kita perlu memasukkan kata kunci seperti '+' , '-', 'and', 'or' dan 'not'. Teknik ini akan memudahkan lagi carian yang kita mahu di dalam Google kerana ialah lebih spesifik. Dan tidak lupa juga, Dr. Fariza telah meminta kami untuk membuat satu akaun Academia dan di situ juga terdapat banyak sumber aktikel jurnal yang boleh dicari berkaitan dengan akademik. Saya mendapati bahawa terdapat banyak sumber yang dapat diperolehi melalui Academia tersebut. Sekian, itu sahaja refleksi yang dapat saya simpulkan melalui kelas pada minggu ke 5. Terima kasih. :) |
EsyaHi! Welcome to my blog. Archives
December 2016
Categories |