Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih lagi dapat menghadiri kelas yang terakhir untuk kursus ini bagi semester 1 :) Bagi kelas yang terakhir ini, kami telah membentangkan video multimedia masing-masing yang telah dihasilkan hasil daripada perbincangan dan kolaborasi sesama ahli kumpulan. Pembentangan video dari tiga kumpulan ini telah mendapat komen yang positif dan membina daripada Dr. Fariza dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih :) Melalui video-video yang telah dihasilkan itu juga saya dapat mendapat pemahaman yang lebih lanjut mengenai tajuk-tajuk yang dibentangkan itu. Untuk kelas yang terakhir ini juga, kami telah meluahkan segala pandangan dan refleksi kami terhadap kursus ini yang telah kami ambil sepanjang semester 1. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, semua rakan-rakan saya telah memberi pandangan dari sudut positif dan belajar banyak perkara di dalam kelas ini termasuklah saya sendiri. Saya juga seronok belajar tentang banyak perkara di dalam kelas ini di mana sebelum ini saya tidak tahu akan fungsi dan kewujudan aplikasi yang boleh memudahkan saya sebagai seorang pelajar dan mungkin juga boleh digunakan ilmu ini apabila saya sudah bekerja nanti. Akhir kata, kelas ini sangat membantu dan seronok di samping mendapat pensyarah yang sporting dan baik hati ini. Terima kasih Dr. Fariza :D *terima kasih juga untuk keychain2 kenangan dari oversea yang Dr. bagi tu :P #lotsoflove #xoxo
0 Comments
Assalamualaikum wbt.
Pada minggu ini, tiada kelas diadakan kerana Dr. Fariza menghadiri mesyuarat namun kelas masih berjalan seperti biasa. Tugasan yang diberikan kepada kami adalah untuk membincangkan serta menyiapkan video yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Kumpulan kami telah memilih tajuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kami masih lagi dalam proses untuk membangunkan video tersebut. Tugasan lain yang telah diberi ialah untuk membuat satu esei tentang Computer as 'Tool', 'Tutor' and 'Tutee'. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut berkenaan dengan Computer as tool, tutor and tutee ini. Saya juga menyedari bahawa kursus Komputer Dalam Pendidikan juga telah mengaplikasikan pembelajarannya melalui komputer seterusnya menjadikan komputer sebagai tool, tutor dan tutee. Itu sahaja untuk refleksi pada kali ini. Terima kasih:) |
EsyaHi! Welcome to my blog. Archives
December 2016
Categories |