Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk mengikuti kelas ini pada minggu ini. Di awal kelas bermula, kami diminta untuk submit brochure kami masing-masing di dalam open learning untuk dilihat oleh Dr. Fariza dan bagi mendengar komen dari rakan-rakan yang lain. Kami menerima komen yang sangat membina bagi membaiki sedikit kesalahan di dalam pembikinan brochure itu. Brochure saya akan diupload nanti di dalam ASSIGNMENTS. Seterusnya, kami membuat pengisian markah pelajar dengan menggunakan Microsoft Excel di mana saya agak kurang mahir dengan Excel ini kerana jarang menggunakannya. Jadi Dr. Fariza telah ajar bagaimana untuk membuat kiraan gred markah tersebut dengan menggunakan formula VLOOKUP, autosum, dan insert function. Itu sahaja untuk minggu ini. Adios! :D
0 Comments
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Dalam kesibukan belajar dan membuat tugasan untuk semester 1 ni, dah masuk minggu ke 11 dah. Sekejap je masa berlalu. Jadi untuk kelas minggu ini, alhamdulillah Dr. Fariza dapat hadir ke kelas walaupun minggu lepas sibuk dengan urusan kerja beliau. Terima kasih Dr. sebab bagi keychain dari Perth, Australia untuk kami semua hehe. Minggu ni Dr. Fariza menerangkan tentang cara untuk menggunakan Microsoft Publisher kerana tugasan kami seterusnya ini berkaitan dengan membuat brochure sendiri dengan tajuk 'Tempat yang ingin kita ingin melawat/melancong'. Jadi saya agak teruja kerana saya sendiri ada tempat yang menjadi pilihan saya untuk saya pergi suatu hari nanti kalau ada rezeki. Dr. Fariza meminta kami untuk memasukkan elemen ASSURE untuk membuat brochure tersebut. Apa itu ASSURE? Jadi saya berharap saya dapat membuat brochure tersebut dengan baik dan menepati model ASSURE tersebut.Kelas untuk minggu ini dibatalkan kerana Dr. Fariza ada urusan di luar. Saya dan rakan-rakan diminta untuk menyiapkan tugasan kajian yang dibuat secara berkumpulan tersebut semasa ketiadaan beliau.
Sekian, :D Assalamualaikum wbt.. dan selamat hujung minggu :D
Refleksi untuk kelas pada minggu ke 7 adalah berkaitan dengan soalan-soalan yang bakal di tanya di dalam Google Form nanti. Kami telah membuat beberapa soalan mengenai tajuk yang kami dapat bagi tugasan kajian penyelidikan kami. Kami telah meminta pendapat Dr. Fariza mengenai soalan yang telah kami draftkan dahulu. Namun, terdapat beberapa soalan yang perlu kami perbaiki terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada responden. Kami telah diberi penjelasan dan nasihat serta cara untuk membuat soalan selidik yang berkualiti. Sekian itu sahaja untuk minggu ini. Terima kasih :) |
EsyaHi! Welcome to my blog. Archives
December 2016
Categories |