Syafiqah  Deraman
  • Home
  • ABOUT ME
  • REFLECTIONS
  • ASSIGNMENTS
    • ASSIGNMENT 1
    • ASSIGNMENT 2
    • ASSIGNMENT 3
    • ASSIGNMENT 4
    • ASSIGNMENT 5
    • ASSIGNMENT 6
    • ASSIGNMENT 7
    • ASSIGNMENT 8
Picture

REFLEKSI MINGGU 6

10/15/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Bagi kelas untuk minggu ini, kami telah diperkenalkan satu aplikasi untuk pembelajaran yang sangat menarik dan membuat saya teruja apabila mencubanya iaitu Aurasma. Sebelum kelas dimulakan, kami terlebih dahulu diminta untuk memuat turun apliksai Aurasma tersebut di dalam handphone masing-masing. Seterusnya, kami diminta untuk membuat 4 kumpulan dan setiap kumpulan menerima sehelai kertas yang hanya terdapat gambar berserta tajuk sahaja. Dan kami diminta untuk scan gambar tersebut dengan menggunakan aplikasi Aurasma yang telah dimuat turun dan kami sangat teruja apabila terpapar video pada kertas tersebut melalui handphone kami. Bagi saya, aplikasi tersebut sangat sesuai untuk pembelajaran tidak kira di sekolah mahu pun di universiti kerana ia akan membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar.

Seterusnya, kami diberi tugasan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan tadi untuk mencari maklumat mengenai topik yang kami dapat setelah di scan melalui handphone tadi. Kumpulan saya telah mendapat topik 2 iaitu M-Pembelajaran (Mobile Learning). Mobile Learning dapat didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat komputasi mobile agar dapat diakses dari mana saja dan pada setiap masa. Mobile Learning terbahagi kepada dua kategori iaitu pembelajaran dengan menggunakan alat elektronik mudah alih secara dalam talian dan luar talian. Dalam konteks kajian ini M-Learning boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa. Setelah selesai mencari maklumat dan membuat slide presentation, kami membentangkan tajuk masing-masing. Pada akhir pembelajaran saya pada minggu ini, saya telah memahami konsep M-Pembelajaran serta tahu perbezaannya dengan E-Pembelajaran.

Itu sahaja refleksi saya untuk minggu ini. 
Thanks :D
0 Comments



Leave a Reply.

    Esya

    Hi! Welcome to my blog.

    Picture

    Archives

    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • ABOUT ME
  • REFLECTIONS
  • ASSIGNMENTS
    • ASSIGNMENT 1
    • ASSIGNMENT 2
    • ASSIGNMENT 3
    • ASSIGNMENT 4
    • ASSIGNMENT 5
    • ASSIGNMENT 6
    • ASSIGNMENT 7
    • ASSIGNMENT 8