Kelas minggu ke 5 telah diadakan pada 6 Oktober 2016 bersama pensyarah kesayangan saya iaitu Dr. Fariza Khalid, dan di situ saya telah belajar beberapa perkara baru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah ialah aplikasi yang terdapat di dalam Google iaitu Google Docs, Google Slides dan lain-lain. Saya baru mengetahui cara penggunaan aplikasi tersebut dan saya merasakan ia lebih memudahkan kerja saya terutamanya apabila terdapat kerja yang melibatkan kumpulan apabila kami boleh membuat kerja bersama-sama secara dalam talian.
Selain itu, kami diminta untuk membuat tugasan dengan mencari maklumat tersebut di dalam jurnal atau artikel yang terdapat di dalam Google Scholar dan setiap kumpulan telah mengundi untuk mendapatkan tajuk masing-masing dan membuat 'presentation' pada minggu seterusnya. Tajuk-tajuk yang telah diberi ialah ;
Di samping itu juga, saya telah belajar cara bagaimana untuk mencari sesuatu perkara dengan lebih efektif dalam enjin carian Google dengan menggunakan kaedah Boolean Techniques di mana kita perlu memasukkan kata kunci seperti '+' , '-', 'and', 'or' dan 'not'. Teknik ini akan memudahkan lagi carian yang kita mahu di dalam Google kerana ialah lebih spesifik. Dan tidak lupa juga, Dr. Fariza telah meminta kami untuk membuat satu akaun Academia dan di situ juga terdapat banyak sumber aktikel jurnal yang boleh dicari berkaitan dengan akademik. Saya mendapati bahawa terdapat banyak sumber yang dapat diperolehi melalui Academia tersebut. Sekian, itu sahaja refleksi yang dapat saya simpulkan melalui kelas pada minggu ke 5. Terima kasih. :)
0 Comments
Leave a Reply. |
EsyaHi! Welcome to my blog. Archives
December 2016
Categories |