Syafiqah  Deraman
  • Home
  • ABOUT ME
  • REFLECTIONS
  • ASSIGNMENTS
    • ASSIGNMENT 1
    • ASSIGNMENT 2
    • ASSIGNMENT 3
    • ASSIGNMENT 4
    • ASSIGNMENT 5
    • ASSIGNMENT 6
    • ASSIGNMENT 7
    • ASSIGNMENT 8
Picture

REFLEKSI MINGGU 4

9/30/2016

0 Comments

 
Pada minggu ini, kami telah diberi satu tugasan untuk mencari apakah yang dimaksudkan dengan Learning Management System(LMS), Content Management System (CMS), contoh-contoh perisian percuma untuk LMS dan CMS serta perbezaan di antara LMS dan CMS. Berdasarkan apa yang telah saya cari berkenaan dengan LMS, perisian ini merupakan perisian yang digunakan oleh pensyarah serta pelajar  untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara maya. Penggunaan LMS ini memudahkan tenaga pengajar serta pelajar itu sendiri bagi proses memuat naik nota, menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah, membuat perbincangan tugasan dan banyak lagi. Contoh perisian percuma bagi LMS ialah Moodle, Dokeos, Claroline, OLAT, Atutor dan sebagainya. Manakala CMS pula adalah program untuk membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS.  Antara contoh CMS yang ada ialah  Joomla, Mambo, PhpNuke, Xoops, Zope dan sebagainya.

Oleh itu, apa yang dapat saya rumuskan dengan perbezaan  di antara LMS dan CMS ialah LMS merupakan aplikasi berasaskan-web yang mampu mengurus pembelajaran elektonik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan-bahan yang diterima daripada pelajar. Manakala CMS ialah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS.




0 Comments

Refleksi minggu 3

9/25/2016

0 Comments

 
Pada 22 September 2016 adalah merupakan kelas GGGE 1153 Komputer Dalam Pendidikan yang pertama bagi Kumpulan 4 bersama Dr. Fariza bt Khalid. Di dalam kelas tersebut, saya telah belajar untuk membuat satu blog yang bernama Weebly di mana ia merupakan kali pertama saya mendengar nama blog tersebut. Kami diminta untuk membuat satu blog sendiri menggunakan Weebly dan membuat satu 'blog page' serta 'standard page' bagi setiap tajuk iaitu 'home', 'about me', 'reflections' serta, 'assignments'. Kami akan memasukkan semua 'assignment' kami di dalam blog tersebut. Saya merasakan ia satu pengalaman baru yang sangat menarik bagi saya kerana saya tidak pernah membuat blog sendiri. Saya telah belajar sedikit demi sedikit cara untuk 'publish post',  'edit background' dan sebagainya. Weebly juga mempunyai pilihan tema yang pelbagai dan sangat menarik. 
0 Comments
Forward>>

    Esya

    Hi! Welcome to my blog.

    Picture

    Archives

    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • ABOUT ME
  • REFLECTIONS
  • ASSIGNMENTS
    • ASSIGNMENT 1
    • ASSIGNMENT 2
    • ASSIGNMENT 3
    • ASSIGNMENT 4
    • ASSIGNMENT 5
    • ASSIGNMENT 6
    • ASSIGNMENT 7
    • ASSIGNMENT 8